Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.
Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.
Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.
Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KARNIVAL STEM & HARI KEUSAHAWANAN 
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2023
Karnival ini bertujuan menggalakan para pelajar meminati bidang Sains & Matematik selain menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan sekitar Gelang Patah.....................baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (CYBER GROOMING & CYBER SECURITY)
Aktiviti Terkini | 22 November 2023Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar tentang “cyber grooming” & “cyber security” serta cara menangani sekiranya terjadi kepada diri mereka....................baca selanjutnya
KARNIVAL SUKAN AIR ISKANDAR PUTERI @ TANJUNG KUPANG
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2023Sesi perkongsian akan fungsi dan kempen yang dilaksanakan PEDi...................baca selanjutnya
PROGRAM DROBOTICS (BENGKEL PEMBELAJARAN “CODING” MELALUI ROBOT DAN DRONE)
Aktiviti Terkini | 6 & 7 Oktober 2023Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat tentang keperluan untuk belajar pengekodan di dalam robot di bawah pembelajaran STEM. Penggunaan drone dan robot menjejak garisan digunakan di dalam pembelajaran ini...................baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI PERKEMBANGAN AWAL REMAJA
Aktiviti Terkini | 24 September 2023Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dari aspek perubahan fizikal,emosi,persekitaran,perubahan kitaran reproduktif dan juga isu-isu sosial berkaitan remaja kini..................baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023Program ini dilaksanakan untuk membantu para pelajar agar memiliki matlamat yang jelas dalam hidup dan membentuk sahsiah diri yang terpuji. .................baca selanjutnya
PROGRAM ASAS PERTOLONGAN CEMAS & CPR
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2023Para peserta dapat mengetahui fungsi setiap barang di dalam First Aid dengan betul.................baca selanjutnya
PROGRAM MENCARI HARTA KARUN (TREASURE HUNT)
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023Peserta dapat memupuk semangat berpasukan dalam menyelesaikan satu-satu tugasan................baca selanjutnya
PROGRAM RAYA & MEMBUAT KAD SEMPENA HARI IBU
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2023Peserta dapat membuat kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing...............baca selanjutnya
PROGRAM BULAN RAMADHAN( PEMBUATAN KUIH RAYA)
Aktiviti Terkini | 15 April 2023Peserta dapat mencipta pengalaman yang baharu seperti cara-cara yang betul membuat kuih raya..............baca selanjutnya
PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI GELANG PATAH
Aktiviti Terkini | 17 Mac 2023Memberi peluang kepada komuniti setempat melakukan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi tekanan darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, gula dalam darah, ujian air kencing dan kaunseling.............baca selanjutnya
PROGRAM KDB : KESELAMATAN INTERNET DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI
Aktiviti Terkini | 12 Februari 2023Peserta dapat lebih peka dengan isu keselamatan internet dan pembentukan sahsiah diri............baca selanjutnya
PROGRAM MINI SUKANEKA
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2023Peserta dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri masing-masing...........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya