KARNIVAL STEM & HARI KEUSAHAWANAN

Aktiviti terkini | 13 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Nama VIP :
Guru Kaunseling SMK Gelang Patah :
• Puan Nur’Syafiqa Binti Rosli
• Puan Rafizah Binti Mohd Keliuan


Ringkasan Aktiviti :
Karnival ini telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat mengalakkan daripada komuniti setempat & para pelajar SMK Gelang Patah. Kami juga turut mengadakan sesi E-Learning, KITAR, Pengenalan Mikrobit & ICT semasa sesi program diadakan.

Tujuan :
• Karnival ini bertujuan menggalakan para pelajar meminati bidang Sains & Matematik selain menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan sekitar Gelang Patah.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Karnival STEM & Hari Keusahawanan yang diadakan pada 13 Disember 2023. Program ini adalah gabungan 3 PEDi iaitu PEDi Gelang Patah, PEDi Desa Paya Mengkuang & PEDi Pekan Nenas bersama dengan undangan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gelang Patah.
Aktiviti menarik program seperti :
• Gerai-gerai usahawan dari sekitar Gelang Patah.
• Booth Kerjaya.
• Booth panitia Sains & Matematik.
• Paintball Game.
• Booth Saringan Kesihatan.


Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat para pelajar tentang pelajaran Sains & Matematik.
• Membuka peluang rezeki kepada para usahawan di sekitar Gelang Patah.
• Memperkenalkan lagi kewujudan PEDi Gelang Patah kepada para pelajar & komuniti setempat .


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :