INFORMASI TEMPATAN
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.
" Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketikamana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan. "
LEGOLAND® Malaysia Resort membawa bersama Taman Air dan Hotel di lokasi bertemakan satu LEGO®. Ia adalah destinasi percutian keluarga yang mempunyai lebih daripada 70 hands-on tunggangan, slaid, persembahan dan tarikan. Hampir semua adalah hands-on, jadi anda boleh menolak, pedal dan program, atau mengemudi dan percikan, cara anda melalui satu pengalaman yang benar-benar menyeronokkan
LEGOLAND® Malaysia Resort mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur seperti The Beginning, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan Miniland. Ia merupakan satu tanah inspirasi di mana anak-anak adalah wira. Dari pusat eksperimen LEGO untuk rollercoasters, taman ini pelayaran hari panjang penemuan untuk seisi keluarga. Tengah adalah Miniland, di mana mercu tanda Asia telah dicipta semula menggunakan lebih 30 juta LEGO. Ia adalah dunia yang interaktif pada skala 1:20, di mana orang, kereta api dan kapal terbang datang untuk hidup pada sentuhan butang.
Tarikan bagi pelancong yang datang kesini adalah makanan laut yang segar ditawarkan. Harga yang berpatutan serta persekitaran laut disajikan kepada pengunjung yang datang. Restoran Saujana Gelang Patah adalah restoran yang mendapat perhatian daripada pengunjung luar bandar malah warga singapura juga. Hidangan yang segar dan pastinya tidak akan mengecewakan pelanggan yang datang ke restoran serta servis yang pantas memebuatkan pengunjung berasa selesa dengan perkhidmatan servis yang diberikan. Restoran ini juga dibuka dari pukul 11.30am – 10.00pm dan cuti pada hari Jumaat. Restoran ini juga menyediakan kemudahan pembayaran menggunakan Credit Card atau Debit Card, jadi pengunjung tidak perlu risau jika tidak membawa wang lebih jika datang ke restoran ini.
Untuk penginapan yang selesa dan berdekatan dengan kemudahan mahupun keperluan asas, Kak Mah Homestay menawarkan penginapan kepada pengunjung dengan harga yang sangat berpatutan, hanya RM150 untuk sehari penginapan dimana dengan kemudahan 3 bilik tidur 2 bilik air. Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman seperti tinggal di Gelang Patah. Untuk tempahan boleh hubungi di nombor 013-7084908 atau 013-7147647.
Lokasi-Lokasi
Terminal Bus dan Teksi Gelang Patah |
Terminal GP Sentral |
Lokasi-Lokasi
Sekolah Kebangsaan Gelang Patah |
||
Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis |
Sekolah Kebangsaan Taman Nusantara Gelang Patah |
Sekolah Kebangsaan Sekijang Gelang Patah |
Sekolah Kebangsaan Kg. Pulai |
Sekolah Jenis Kebangsaan(C) Ming Terk |
Sekolah Jenis Kebangsaan(T) Gelang Patah |
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Jaya |
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah |
Sekolah Agama Gelang Patah |
Muhd Alif Irsyad Bin Razali
Celik IT
Umur:
9 tahun
Alamat:
Jalan Semangka 5, Lorong Utama, Taman Damai, Pontian
Keahlian PEDi:
5/5/2017
Bentuk Celik It:
Kemahiran menggunakan perisian
Kisah Kejayaan:
Latar belakang:
Beliau adalah seorang pelajar sekolah tinggal bersama neneknya di Gelang Patah. Beliau merupakan salah seorang pengguna komputer di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau tidak tahu mengenai penggunaan komputer secara asas dan internet. Beliau hanya mengikuti rakan-rakannya pergi ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
ini untuk mengenali penggunaan teknologi ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui penglibatan beliau bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini, beliau kini tahu menggunakan komputer secara asas dan internet.
Beliau juga selalu mengikuti kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet. Beliau tahu menggunakan Microsoft Office dan internet dengan baik.
Antara kelas yang pernah dihadiri oleh beliau ialah Microsoft Word, Microsoft Power Point dan E-Learning (ABCYA.com, Letzhop dan Math-Games).
Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PEDi banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PEDi,
gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang
telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Gelang Patah sebagai salah satu
cawangan PI di Gelang Patah yang tercinta ini.
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Alif Irsyad Bin Razali:
Nama : Anazira Binti Abd Rahim
Umur : 20 Tahun
Asal : Pontian, Johor Bahru
Alamat : No 1032 Lorong Utama, Taman Damai, Pontian
Tarikh Lahir : 1 Nov 1995
Jenis Perniagaan : Ikan Pekasam, Acar Strawberi
- Perniagaan yang diusahakan 100% homemade. Tiada kilang mahupun premis. Ikan-ikan pekasam tersebut dibawa dari Perak dan diusahakan oleh keluarga Anazira sendiri. Tempahan juga dibuka untuk sesiapa yang ingin merasai keenakan ikan pekasam dan acar buah strawberi mereka.
Acar Strawberi |
Ikan Pekasam |
Pengurus Pi1m Gelang Patah bersama Usahawan Muda |