PROGRAM DROBOTICS (BENGKEL PEMBELAJARAN “CODING” MELALUI ROBOT DAN DRONE)

Aktiviti terkini | 6 & 7 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Desa Paya Mengkuang

Nama VIP :
Penceramah:
• En Norsyam Bin Jenal

Ringkasan Aktiviti :
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat mengalakkan daripada para peserta lingkungan umur 7 tahun sehingga 12 tahun seramai 30 orang kesemuanya.

Tujuan :
• Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat tentang keperluan untuk belajar pengekodan di dalam robot di bawah pembelajaran STEM. Penggunaan drone dan robot menjejak garisan digunakan di dalam pembelajaran ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Drobotics(Bengkel pembelajaran “coding” melalui robot dan drone) yang diadakan pada 6 & 7 Oktober 2023. Program ini jemputan daripada pihak UiTM Pasir Gudang kepada 3 PEDi yang terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi program tersebut.
Aktiviti menarik program seperti :
• Micro:Bit Maqueen
• Drone Tello


Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta mendapat pengalaman baru dengan belajar menggerakkan drone & robot menggunakan pengekodan.
• Para peserta mendapat tunjuk ajar yang betul dari tenaga pengajar bertauliah.
• Para peserta dapat menguji kecerdasan minda & semangat berpasukan ketika melaksanakan tugasan yang diberikan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :