Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM EXPLORACE DECEMBER PI GELANG PATAH

Aktiviti Terkini | 21 Desember 2019

Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti dan juga pengetahuan IT....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET GELANG PATAH 2019

Aktiviti Terkini |3 November 2019

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran....baca selanjutnya

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKKSAB

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 2019

Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti pemasaran atas talian....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Mempromosi perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini |29 Ogos 2019

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,Memupuk sikap yakin diri, kreativiti dan bekerjasama antara kumpulan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ KREATIF JULAI

Aktiviti Terkini |26 Julai 2019

Mempromosi perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian tentang keselamatan internet...baca selanjutnya

PROGRAM INOVASI KITAR SEMULA E-WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2019

Sebanyak 6 buah sekolah telah menyertai Pertandingan Inovasi Kitar Semula (E-waste). Seramai 4 orang pelajar dan seorang guru pembimbing menyertai dari setiap sekolah. Program ini juga melibatkan berberapa Staff daripada Pusat Internet Malaysia antaranya Pusat Internet Taman Sayong Pinang, Pusat Internet Taman Iham, Pusat Internet Kg. Sri Lukut, Pusat Internet Felda Bukit Besar, Pusat Internet Gelang Patah dan Pusat Internet Paya Mengkuang....baca selanjutnya

Pertandingan Video & KDB Smk Gelang Patah Untuk Pelajar Pra-U

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2019

Bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian & tentang keselamatan internet serta memberi pengetahuan dan ilmu mengenai cara untuk membuat video dan menggalakkan pelajar untuk datang ke PI bagi kelas ICT... baca selanjutnya

‘International Earth Day’

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Sambutan Hari Bumi diraikan pada bulan April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Pertubuhan Unit Teknikal Integriti Hijrah (PUTIH) telah terlibat sebagai penganjur program... baca selanjutnya

Program KDB SMK Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 11 April 2019

Objektifnya adalah mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian, mengeratkan hubungan sesama staf & masyarakat dan mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar dan kesedaran tentang keselamatan internet... baca selanjutnya

Program Kraftangan 3 PI Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI kepada komuniti setempat dan kawasan sekitarnya supaya orang ramai lebih jelas tentang objektif penubuhan PI. Orang ramai dimaklumkan bahawa tujuan penubuhan PI bukan semata-mata menyediakan kemudahan internet... baca selanjutnya

Program Kraftangan 2 PI Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI kepada komuniti setempat dan kawasan sekitarnya supaya orang ramai lebih jelas tentang objektif penubuhan PI. Orang ramai dimaklumkan bahawa tujuan penubuhan PI bukan semata-mata menyediakan kemudahan internet... baca selanjutnya

Program Kraftangan PI Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2019

Penglibatan komuniti penduduk di dalam program seperti ini berupaya memberikan rangsangan kepada minda untuk memdekatkan mereka kepada celik IT, memupuk semangat berkomuniti,kejiranan dan permuafakatan secara sihat... baca selanjutnya