Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM INDOOR DAN OUTDOOR PI1M GELANG PATAH

Ahad - 20 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Mengembirakan hati ahli-ahli pi1m dan memanfaatkan waktu harian sempena cuti sekolah.baca selanjutnya

PROGRAM HENNA BERSAMA PI1M (UKIRAN INAI)

Sabtu - 07 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara penduduk tempatan dan Pi1m Gelang Patah. Kebaikan program seperti ini adalah dapat menggalakkan silaturahim terjalin antara penduduk setempat dan staff PI1M Gelang Patah.baca selanjutnya

PERTANDINGAN INDOOR GAME BEKERJASAMA DENGAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SRIJAYA DAN GELANG PATAH

Sabtu - 17 Oktober2015 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan memupuk murid berfikir secara kreatif dan meningkatkan penggunaan pancaindera. Kebaikan program seperti ini adalah dapat meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivity kanak-kanak terhadap sekelilingnya.baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PI1M

Sabtu - 26 September 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan memberi galakan kepada ahli tentang kebersihan menjaga kawasan pi1m dan sekeliling disamping mengeratkan silaturahim antara staff dan ahli.baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan ke-58

Sabtu - 29 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Menggalakkan pelajar menyemai sikap positif terhadap Negara dan serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan Pi1m.baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya Aidilfitri 2015 Paling Kreatif

Jumaat - 10 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual seperti melukis berupaya memberikan rangsangan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya