Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018

Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya

Hari Keusahawanan & Kokurikulum SK Pendas Laut

Aktiviti Terkini | 18 November 2018

Bertujuan untuk meningkatkan kerjasama komuniti setempat, mengeratkan hubungan sesama staf dan meningkatkan kemahiran pemasaran produk... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB), SMK Dato, Onn

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah umur dan penggunaan internet secara positif dan berguna salah satu langkah bijak dalam dunia cyber ini... baca selanjutnya

Sukaneka Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Dapat melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan memupuk keyakinan dan sifat tidak putus asa dalam kalangan peserta... baca selanjutnya

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya

Kem Mahabbah Di SK. (F). Pengeli Timur

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2018

Dapat meningkatkan semangat motivasi dan kerjasama antara mereka dan gaya berfikir akan potensi diri... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Program Kepimpinan Khalifah Genius

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2018

Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Di samping itu para pelajar dapat meningkatkan keyakinan daripada diri mereka. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah disampaikan... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 2 Julai 2018

Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Dan Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang cara menggunakan internet dengan bijak dan selamat... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 3 Mei 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain... baca selanjutnya

Kursus Asas Komputer(Microsoft Office)

Aktiviti Terkini | 9 April 2018

Antaranya adalah menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai penggunaan asas computer, memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip dan fakta mengenai ilmu tersebut... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2018

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Bertujuan penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran dan penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama staff Pi1M dan dapat bekerjasama dalam sesuatu program... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2018

Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya