Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan fungsinya kepada masyarakat sekitar Pekan Nanas yang masih belum sedar akan kewujudan PI1M... baca selanjutnya

Program Beramah Mesra Bersama Ahli-Ahli PI1M Serta Ibu Bapa

Aktiviti Terkini | 24 November 2017

Dengan ukhuwah yang terbina lagi dapat mengeratkan silaturrahim yang tercipta. Pihak PI1M ingin mengadakan aktiviti beramah mesra bersama ahli-ahli... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2017

Aktiviti Terkini | 11 November 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Pertandingan Futsal Silaturrahim Jalinan Kerjasama Pi1m Desa Paya Mengkuang Untuk Ahli Pi1m Bawah 12

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2017

Permainan bola futsal kini mendapat perhatian yang tinggi dikalangan rakyat tempatan. Dengan usaha membantu akar umbi dan memupuk semangat kesukanan... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Desa Paya Mengkuang

Aktiviti Terkini | 23 September 2017

Hari Terbuka yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan sokongan dari KRT Desa Paya Mengkuang, Masjid Jamek Al-Irsyad dan Balai Polis Tanjung Kupang... baca selanjutnya

Demonstarasi Sabun Homemade dan Kelas Kecantikan Mary Kay

Aktiviti Terkini | 9 September 2017

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana... baca selanjutnya

Kursus Asas Komputer(Microsoft Office)

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Antaranya adalah menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai penggunaan asas computer, memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip dan fakta mengenai ilmu tersebut... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2017

Enam buah sekolah terpilih bertanding untuk menjadi wakil negeri Johor ke Pertandingan Robotik antara negeri... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pi1m & Muafakat Aidilfitri Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Gelang Patah, Jkkk Mukim Pulai/Jelutong & Jkkk Kg Melayu

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2017

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat... baca selanjutnya

Program Jalinan Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan Persatuan NGO, Korporat dan penduduk setempat dan menambah nilai ilmu berkaitan kesedaran penggunaan ICT dan perbankan online secara bijak kepada orang ramai... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste Di Pusat Giatmara Parit Sulong, Batu Pahat

Aktiviti Terkini | 4 Mei 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam fungsi Klik Dengan Bijak & E-Waste, menambah pengetahuan peserta mengenai KDB & E-Waste dan menanam sifat positif kepada para pelajar mengenai dunia ICT... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Penyalahgunaan Dadah & Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat, ibu bapa, pelajar dan juga staff Pi1m yang terlibat. Pendidikan berkaitan penyalahgunaan dadah juga adalah sebagai salah satu langkah untuk mendidik anak bangsa yang kian membesar untuk lebih terdedah dengan pengetahuan berkaitan program tersebut... baca selanjutnya

Origami Challenge

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017

Tujuan origami challenge ini dilaksanakan adalah untuk melatih ahli untuk menghasilkan karya yang kreatif... baca selanjutnya

Mini Sukaneka & KDB bersama Pelajar Tadika

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat... baca selanjutnya

Bengkel Asas Photoshop

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Di dalam bengkel ini, peserta akan diajar cara menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mencantikkan foto yang telah dirakam. Peserta juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun 2017 | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun 2017 | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun 2017 | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada... baca selanjutnya