Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste Di Pusat Giatmara Parit Sulong, Batu Pahat

4 Mei 2017 | Khamis
11.00 pagi – 5.00 petang | Dewan Pusat Giatmara, Parit Sulong

Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam fungsi Klik Dengan Bijak & E-Waste, menambah pengetahuan peserta mengenai KDB & E-Waste dan menanam sifat positif kepada para pelajar mengenai dunia ICT.

Kelebihan:
- Memberikan impak yang positif dalam diri pelajar mengenai ICT.
- Mengelakkan pelajar dari aktiviti penyalahgunaan internet.
- Memberi pendedahan mengenai pelbagai kebaikan ICT.
- Memperluaskan pengenalan PI1M kepada para pelajar.

Penglibatan:
Plejar sekolah dan guru.

Perlaksanaan aktiviti:
Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” merupakan sebuah program terbuka kepada semua komuniti setempat yang berbilang kaum, bangsa dan umur. Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” ini merupakan salah satu inisiatif MCMC yang dilaksanakan oleh Pusat Internet 1Malaysia untuk memperkenalkan kempen menggunakan internet dengan betul dan bijak. Seramai 74 orang pelajar giatmara terlibat dalam program yang telah dianjurkan oleh pihak PI1M. Antara pi1m yang terlibat ialah : Pusat Internet 1 Malaysia Gelang Patah, Pusat Internet 1 Malaysia, Ayer Hitam , Pusat internet 1 Malaysia Kg Haji Ghaffar dan Pi1m Sg Nibong Semerah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:











Kembali ke halaman utama