Bengkel Asas Photoshop
14 Januari 2017 | Sabtu
10.00 pagi – 2.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Gelang Patah
Tujuan:
Di dalam bengkel ini, peserta akan diajar cara menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mencantikkan foto yang telah dirakam. Peserta juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menjadikan gambar mereka kelihatan realistik mengikut standard fotografi sebenar. Bengkel intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tutor.
Kelebihan:
- Peserta memahami dan menguasai kawalan alatan-alatan asas (Toolbar).
- Peserta mampu membuat suntingan gambar asas (Photo Editing).
- Penguasaan Layout Design (kawalan tulisan, imej, dan rekabentuk).
- Peserta mampu menghasilkan rekaan pelbagai jenis design seperti, poster, flyers, banner dan menyimpan ke dalam pelbagai format yang sesuai.
- Mengenali istilah dalam perisian ini dan menghafal beberapa shortcut key asas.
- Meguasai asas Adobe Photoshop dalam masa 1 Hari.
Penglibatan:
Pengunjung Program
Aktiviti Berkaitan:
- Jamuan ringan
- Penyampaian sijil
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:


