Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR.

Aktiviti Terkini | 9 November 2016

Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara sesama manusia dalam membantu masyarakat terutamanya golongan muda mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan media sosial yang semakin popular di masa ini... baca selanjutnya

PROGRAM KECANTIKAN BERSAMA MUA FARA RAYYAN

Aktiviti Terkini | 5 November 2016

Bengkel ini adalah dikhaskan kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk menjadi Jurusolek Profasional dan juga kepada mereka yang ingin mempelajari teknik solekkan untuk kegunaan peribadi. Sekain itu juga , ramai wanita diluar sana yang mempunyai peralatan makeup yang mahal dan terkini tetapi tidak tahu menggunakannya dengan betul dan efektif... baca selanjutnya

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2016 BERSAMA KEMAS, JKKK, PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA GELANG PATAH

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, kami mengambil kesempatan utk bergabung bagi memenuhi hasrat Negara dan menjadikan usaha kerajaan untuk menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif... baca selanjutnya

RIADAH PETANG, EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 23 September 2016

Menguna dan memanfaatkan masa serta aktiviti yang berfaedah bersama ahli PI1M pada waktu cuti sekolah... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini | September - November 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif daripada sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M GELANG PATAH KERJASAMA GENG GELANG PATAH(GGP)

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui... baca selanjutnya

SAMBUTAN AIDILFITRI KEMAS BERSAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA GELANG PATAH

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2016

Program ini bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri 2016 antara Tadika Kemas Firdaus Gelang Patah dan Pusat Internet 1 Malaysia. Secara tidak langsung, program ini member maklumat serta pengenalan mengenai Pusat Internet 1 Malaysia Gelang Patah kepada Ibu bapa dan juga penduduk kampung yang hadir pada malam itu... baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KANAK-KANAK TADIKA FIRDAUS 1 GELANG PATAH ANJURAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA GELANG PATAH

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2016

Tujuan adalah untuk memberikan pelajar menunjukkan bakat serta kreativiti mereka, mempromosi serta mengeratkan hubungan antara staff PI1M, guru serta pelajar-pelajar dan bersama-sama dalam menyambut suasana Aidilfitri yang bakal tiba... baca selanjutnya

Bantuan Jariah Ramadhan untuk penerima bantuan bulanan dari JKM sumbangan dari Kerajaan Negeri Johor

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2016

Meringankan beban penerima untuk menyambut Aidilfitri yang akan datang... baca selanjutnya

Membersihkan Persekitaran PI1M

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2016

Bertujuan untuk memupuk kerjasama antara ahli PI1M, memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran PI1M... baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun 2016 | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun 2016 | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun 2016 | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti