PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (CYBER GROOMING & CYBER SECURITY)

Aktiviti terkini | 22 November 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Nama VIP :
Guru Kaunseling SMK Gelang Patah : • Puan Nur’Syafiqa Binti Rosli
• Puan Rafizah Binti Mohd Keliuan


Ringkasan Aktiviti :
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat mengalakkan daripada para pelajar Tingkatan 2 SMK Gelang Patah. Kami juga turut mengadakan sesi E-Learning & ICT semasa sesi program diadakan.

Tujuan :
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar tentang “cyber grooming” & “cyber security” serta cara menangani sekiranya terjadi kepada diri mereka.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Klik Dengan Bijak (Cyber Grooming & Cyber Security) yang diadakan pada 22 November 2023. Program ini adalah gabungan 3 PEDi iaitu PEDi Gelang Patah, PEDi Desa Paya Mengkuang & PEDi Pekan Nenas bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Gelang Patah.
Aktiviti menarik program seperti :
• Ceramah tentang Cyber Grooming.
• Ceramah tentang Cyber Security.
• Quizziz & Pembentangan maklumat oleh para pelajar yang terlibat.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu mengenai “cyber security” dalam penggunaan seharian yang sememangnya menggunakan internet.
• Para pelajar mendapat bimbingan & pendedahan yang betul tentang cara menangani permasalahan sekiranya berlaku kepada diri mereka.
• Para pelajar dapat membantu rakan-rakan serta ahli keluarga yang mungkin masih belum cakna tentang dua tajuk yang disampaikan dalam program ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :