PROGRAM KDB : KESELAMATAN INTERNET DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Aktiviti terkini | 12 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Agama Kenangan Morni Pok

Nama VIP :
• Thamayanthi A/P Joseph
• Mohd Wafiy Haikal bin Jamaldin

Ringkasan Aktiviti :
Program ini mendedahkan kepentingan tentang Keselamatan Internet dan Pembentukan Sahsiah Diri. Peserta perlu mendengar fasilitator menerangkan beberapa topik berkaitan tajuk dan diberikan arahan untuk membuat latihan dalam kumpulan. Peserta juga diberi soalan KBKK mengenai tajuk tersebut. Program ini memberikan ilmu dan kesedaran tentang Keselamatan Internet dan Pembentukan Sahsiah Diri serta dapat merangsang otak mereka untuk berfikir diluar kotak.

Tujuan :
• Peserta dapat lebih peka dengan isu keselamatan internet dan pembentukan sahsiah diri.
• Melatih peserta untuk mencegah dan tidak terjerumus dalam aktiviti yang terlarang.
• Memberi kesedaran tentang ilmu dan kepentingan pengurusan diri yang betul.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program KDB (Keselamatan Internet dan Pembentukan Sahsiah Diri) yang diadakan pada 12 Februari 2023. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti sekaligus kerjasama dengan PEDi Desa Paya Mengkuang dan PEDi Pekan Nenas . Antara aktiviti yang dijalankan seperti :
1. Ceramah Keselamatan Internet
2. Latihan dalam Kumpulan
3. Ceramah Motivasi Pembentukan Sahsiah Diri
4. Soalan KBKK

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan internet.
• Memberi kesedaran tentang menghargai hak diri sendiri & menghormati hak orang lain.
• Memberi kesedaran dan peluang kepada pelajar untuk merenung dan berfikir tentang kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
• Menerapkan peserta sikap pengurusan diri yang baik.
• Memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan tanpa batas.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :