PROGRAM MINI SUKANEKA

Aktiviti terkini | 20 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Court Sepak Takraw bersebelahan PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
• Thamayanthi A/P Joseph
• Mohd Wafiy Haikal bin Jamaldin

Ringkasan Aktiviti :
Program ini mendedahkan permainan tradisional kepada ahli PEDi. Peserta perlu menyertai setiap permainan yang telah dirancang dan disediakan oleh pihak PEDi dan mendengar arahan permainan dengan baik. Melalui aktiviti ini dapat merangsang otak, lebih aktif dan mengawal keseimbangan badan.

Tujuan :
• Peserta dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri masing-masing.
• Peserta dapat menyemai sikap menghargai permainan tradisional yang semakin ditelan zaman.
• Dapat meningkatkan tahap disiplin dalam diri peserta melalui penetapan peraturan permainan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Mini Sukaneka yang akan diadakan pada 20 Januari 2023 . Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dengan PEDi Gelang Patah . Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti :
• Permainan Baling Selipar.
• Permainan Timbang Bulu Ayam.
• Permainan Teng Teng.
• Aktiviti ‘UFO Surat Khabar Lama’.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan stamina, menguatkan otot dan kesimbangan badan.
• Dapat mendengar arahan dengan baik agar permainan dimain dengan baik.
• Dapat mengurangkan waktu kanak-kanak berdepan dengan gajet.
• Dapat memupuk semangat dan kerjasama antara satu sama lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :