Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


LIVE E-LEARNING EDUCATION

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2020

Membuat live ( siaran langsung ) memperkenalkan senarai e-learning education yang boleh diakses dengan percuma....baca selanjutnya

PROGRAM KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DIGITAL MASA DEPAN 2.0

Aktiviti Terkini | 1 November 2020

Pengaturcaraan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) bagi Sekolah Rendah, Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) bagi sekolah Menengah.baca selanjutnya

PROGRAM KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DIGITAL MASA DEPAN 1.0

Aktiviti Terkini | 1 -31 Oktober 2020

Pengaturcaraan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) bagi Sekolah Rendah, Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) bagi sekolah Menengah...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN TERBUANG

Aktiviti Terkini | 26 September 2020

Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti dan juga pengetahuan IT....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Memperkenalkan Pusat Internet sebagai medium untuk aktiviti dan juga pengetahuan IT....baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MELUKIS POSTER COVID19

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti dan juga pengetahuan IT....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini |1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 29 Februari 2020

Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti dan juga pengetahuan IT....baca selanjutnya

LAWATAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2020

Projek perintis ini mempamerkan lagi usaha Jabatan...baca selanjutnya

PROGRAM KOLAJ JANUARI PI GELANG PATAH

Aktiviti Terkini |24 Januari 2020

Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti dan juga pengetahuan IT....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti