PROGRAM MENCARI HARTA KARUN (TREASURE HUNT)U

Aktiviti terkini | 17 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dapat menarik minat komuniti sekitar untuk turut serta dalam program in selain daripada ahli PEDi .Ia juga dapat menyerlahkan hasil kreatif para peserta ketika program berlangsung.

Tujuan :
• Peserta dapat memupuk semangat berpasukan dalam menyelesaikan satu-satu tugasan.
• Peserta dapat bersama-sama merasai keseronokan & pengalaman baru apabila menyertai program ini.
• Para peserta dapat menanamkan semangat bersaing secara sihat dalam program ini.
• Para peserta dapat memupuk sifat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara ketika menyelesaikan tugasan yang diberi supaya ahli pasukan lain tidak mengetahui jawapan yang diberikan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Mencari Harta Karun yang akan diadakan pada 17 Jun 2023 . Program ini adalah program santai melibatkan adik-adik dari komuniti sekitar PEDi. Program ini akan menggunakan semua kemudahan yang ada di PEDi seperti komputer, tab dan juga buku-buku yang ada di PEDi. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti :
• Menjawab teka-teki (ujian minda)
• Menyelesaikan susun suai gambar di dalam tab mengikut masa yang diberi (ujian kepantasan)
• Membuat layang-layang & kapal terbang kertas (ujian kreativiti)
• Mewarna poster Raya Haji


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat berpasukan dalam menyelesaikan satu-satu tugasan.
• Merasai keseronokan & pengalaman baru menyertai Treasure Hunt ini.
• Menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam penghasilan layang-layang & kapal terbang kertas supaya dapat terbang selama yang mungkin.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :