PROGRAM ADVOKASI PERKEMBANGAN AWAL REMAJA

Aktiviti terkini | 24 September 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar(KSAB) , Gelang Patah

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat mengalakkan daripada para pelajar Tingkatan 1- Tingkatan 4 SMK KSAB. Kami juga turut mengadakan sesi E-Learning di akhir sesi program.

Tujuan :
• Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dari aspek perubahan fizikal,emosi,persekitaran,perubahan kitaran reproduktif dan juga isu-isu sosial berkaitan remaja kini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Advokasi Perkembangan Awal Remaja yang diadakan pada 24 September 2023. Program ini adalah gabungan 3 PEDi iaitu PEDi Gelang Patah, PEDi Desa Paya Mengkuang & PEDi Pekan Nenas bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN).
Aktiviti menarik program seperti :
• Teen Chat “Perkembangan Awal Remaja Lelaki & Perempuan
• Ceramah tentang “Kebersihan Diri Remaja”& “ Terapi Remaja”
• Klinik remaja & saringan kesihatan
• Booth PEDi


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu mengenai perkembangan awal remaja agar tidak terjerumus dengan masalah sosial.
• Para pelajar mendapat bimbingan & pendedahan yang betul tentang perubahan diri & persekitaran.
• Mengetahui permasalahan diri sekiranya ada dengan melakukan pemeriksaan saringan kesihatan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :