Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh otak-otak Gelang Patah, sejenis makanan yang popular di Johor. Tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura. Populasi penduduk di Gelang Patah dianggarkan berjumlah seramai 80,920 penduduk yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Kawasan ini juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor samada dari sektor swasta atau kerajaan. Majoriti pekerjaan bagi penduduk sekitar adalah buruh, nelayan, usahawan dan peniaga-peniaga kecil.

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketika mana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan.

Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu.

Terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama Gelang Patah sebagai tanda ingatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


SIARAN LANGSUNG : PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA & PEDi

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Setiap organisasi di seluruh Malaysia memainkan peranan untuk megadakan program Pendidikan dan Pencegahan Dadah bagi merealisasikan Tema “Lebih Baik Cegah” bagi Tahun 2021.......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA & PEDi

Aktiviti Terkini | 26 November 2021

Memberi perkongsian mengenai penjenamaan semula mengenai nama baharu Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PESANAN BUAT KEKASIH

Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2021

Sebuah forum dalam talian yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti KEMAS dibawah Forum Sahabat Komuniti Desa (SKoD).....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : EDUCATIONAL YOUTUBE CHANNEL

Aktiviti Terkini | 26 September 2021

Topik ini serba sedikit kami kongsikan untuk ibubapa berkongsi siaran yang berbentuk pendidikan untuk anak-anak.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PENGGUNAAN GADJET DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 September 2021

Program ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Staff PIK untuk mendidik komuniti kea rah penggunaan gadjet mahupun telekomunikasi kearah yang lebih baik.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2021

Topik ini serba sedikit kami kupaskan kepada anda untuk tidak menjadi mangsa buli siber atau kita sendiri manjadi pembuli siber tanpa sedar.....baca selanjutnya

BACAAN YAASIN PETUGAS PIK JOHOR

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Program ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Staff PIK untuk memohon perlindungan dari Allah agar pandemik Covid-19 berakhir segera......baca selanjutnya

LIVE BERSAMA FOUNDER KAMPUNG KAMBING

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2021

Memperkenalkan dan sembang santai bersama pengasas restoran Kampung Kambing, Puan Esyazwani.....baca selanjutnya

LIVE KESEDARAN PENYEBARAN BERITA PALSU

Aktiviti Terkini |17 Jun 2021

Maklumat tentang penyebaran berita palsu....baca selanjutnya

KOLABORASI PROGRAM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN BERSAMA SSM JOHOR

Aktiviti Terkini |3 Mei 2021

Pendaftaran SSM & Kaunter bergerak secara percuma yang dibuat di Pusat Internet Taman Cempaka....baca selanjutnya

LIVE BERSAMA USAHAWAN BROWNIES

Aktiviti Terkini |11 April 2021

Membuat live (siaran langsung) bersama usahawan muda brownies....baca selanjutnya

SANITASI BASMI VIRUS DI PIK GELANG PATAH

Aktiviti Terkini |11 Mac 2021

Membuat live (siaran langsung) sanitasi basmi virus di dalam PIK Gelang Patah....baca selanjutnya

POCKET TALK BERSAMA NAIB PENGERUSI CFM

Aktiviti Terkini |20 Februari 2021

Membuat live (siaran langsung) memperkenalkan cara-cara membuat editing menggunakan aplikasi Canva....baca selanjutnya

LIVE E-LEARNING EDUCATION

Aktiviti Terkini |1 Januari 2021

Membuat live (siaran langsung) memperkenalkan cara-cara membuat editing menggunakan aplikasi Canva....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti