BACAAN YAASIN PETUGAS PIK JOHOR

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Gelang Patah

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Gelang Patah secara zoom bersama pengurus dan penolong pengurus Johor. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Gelang Patah untuk bersama-sama dalam membaca Yaasin bagi kesejahteraan dan dihindari dari wabak yang merbahaya.

Tujuan :
• Program ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh petugas PIK untuk memohon perlindungan dari Allah agar pandemik Covid-19 berakhir segera.

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program diadakan melalui talian online.
• Antara aktiviti Program yang diadakan adalah kata-kata aluan daripada Pengurus PIK Taman Sayong Pinang dan juga bacaan doa oleh Ustaz.

Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :