PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI GELANG PATAH

Aktiviti terkini | 17 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
Penghulu Encik Muhaimin Bin Hussin.
• Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.
• Pihak PTPTN.
• Petugas PEDi Pekan Nenas & PEDi Paya Mengkuang.
• Usahawan-usahawan PEDi Gelang Patah.
• Pihak Pengurusan Harta(As-Salihin).

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat mengenai kesedaran penjagaan buah pinggang dan juga memperkenalkan lagi PEDi Gelang Patah kepada komuniti setempat.

Tujuan :
• Memberi peluang kepada komuniti setempat melakukan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi tekanan darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, gula dalam darah, ujian air kencing dan kaunseling.
• Memudahkan komuniti setempat untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan PTPTN.
• Membantu para usahawan mempromosi & menjual produk-produk mereka.
• Mempromosikan aktiviti-aktiviti, perkhidmatan, dan program-program PEDi yang ditawarkan kepada komuniti setempat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah kerjasama di antara PEDi Gelang Patah dengan pihak National Kidney Foundation Malaysia untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi komuniti setempat. Disamping itu, program kali ini juga turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti :
1. Senamrobik. 2. Ceramah Kesihatan oleh pihak NKF.
3. Pemeriksaan Kesihatan .
4. Sukaneka (Squid Game, Permainan Kapal Terbang & Apple tergantung).
5. Jualan produk-produk usahawan.
6. Booth PTPTN.
7. Booth Pengurusan Harta(As-Salihin)

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga buah pinggang.
• Memberi peluang kepada staf PEDi yang terlibat lebih mengenali komuniti setempat.
• Memberi peluang kepada usahawan-usahawan PEDi mempromosikan produk-produk mereka kepada komuniti & dapat meningkatkan jualan mereka.
• Memupuk semangat bersukan & bersaing dengan sihat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :