PROGRAM ASAS PERTOLONGAN CEMAS & CPR

Aktiviti terkini | 22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dapat memberi pengetahuan tentang cara menangani kecederaaan di tempat kerja / di rumah dengan betul.

Tujuan :
• Para peserta dapat mengetahui fungsi setiap barang di dalam First Aid dengan betul.
• Peserta dapat menangani setiap kemalangan / kecederaan yang berlaku di PEDi atau di rumah dengan selamat & bijak.
• Dapat mengelak ‘Panic Attack’ sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja atau rumah.
• Boleh berkongsi ilmu yang dipelajari dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini adalah Program Asas Pengenalan berkaitan Peti Pertolongan Cemas & CPR yang akan diadakan pada 22 Julai 2023. Program ini akan dikendalikan oleh penceramah dari Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kulai iaitu Encik Md Zaihan Bin Ali Hassan & Puan Wan Noorazlilawati Binti Wan Jalil.
• Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti :
i. Pengenalan tentang First Aid.
ii. Kegunaan barang yang ada di dalam First Aid .
iii. Pengendalian kemalangan secara selamat & CPR.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengenali barang-barang yang terdapat di dalam Peti Pertolongan Cemas.
• Dapat menangani kecederaan & menolong melakukan CPR sekiranya bantuan anda diperlukan sebelum bantuan dari hospital sampai.
• Boleh berkongsi ilmu asas kepada ahli keluarga yang lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :