PROGRAM RAYA & MEMBUAT KAD SEMPENA HARI IBU

Aktiviti terkini | 15 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini memberi perasaan seronok pada adik-adik sekitar PEDi menyambut hari raya bersama-sama & menyerlahkan idea kreatif dalam membuat Kad ucapan untuk ibu masing-masing.

Tujuan :
• Peserta dapat membuat kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing.
• Peserta dapat bersama-sama merasai keseronokan menyambut Hari Raya di PEDi bersama kawan-kawan yang lain.
• Dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Raya & Membuat Kad Sempena Hari Ibu yang telah diadakan pada 15 Mei 2023 . Program ini diadakan untuk menghargai ibu kita dan juga menyambut hari raya memandangkan kita masih dalam bulan Syawal. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti :
1. Membuat Kad ucapan untuk ibu masing-masing.
2. Jamuan makan sempena Hari Raya.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat berkongsi rezeki dalam segi makanan raya(potluck).
• Merasai keseronokan menyambut lebaran di PEDi.
• Menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam penghasilan kad ucapan hari ibu.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :