PROGRAM BULAN RAMADHAN( PEMBUATAN KUIH RAYA)

Aktiviti terkini | 15 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dapat memberi pengalaman baru buat adik-adik yang menyertai program tersebut & mengeratkan hubungan sesama ahli PEDi & staff PEDi.

Tujuan :
• Peserta dapat mencipta pengalaman yang baharu seperti cara-cara yang betul membuat kuih raya.
• Peserta dapat bersama-sama merasai keseronokan ketika membuat kuih raya bersama kawan-kawan.
• Dapat memupuk sikap bekerjasama & menyerlahkan bakat yang kreatif di dalam diri masing-masing.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Pembuatan Kuih Raya yang telah diadakan pada 15 April 2023 . Program ini diadakan adalah sebagai persiapan untuk sambutan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi . Program ini juga menarik minat adik-adik berhampiran yang dijemput untuk membuat kuih raya bersama kami. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti :
• Membuat cornflakes coklat. • Membuat biskut coklat chip.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat tolong menolong dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
• Menaikkan semangat untuk menyambut lebaran yang tidak lama lagi.
• Memberi peluang untuk adik-adik mencuba & merasai sendiri pengalaman membuat kuih raya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :