PROGRAM BERSAMA KOMUNITI : PROGRAM TREASURE HUNT BERSEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini | 18 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Gelang Patah

Nama VIP :
• Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program Treasure Hunt bertemakan Hari Malaysia yang diadakan di NADI Gelang Patah berkolaborasi dengan NADI Pekan Nanas. Program ini adalah aktiviti interaktif yang melibatkan peserta mencari petunjuk dan menyelesaikan cabaran untuk mencapai tujuan pada setiap checkpoint. Peserta dibahagikan mengikut Kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satuke satu checkpoint bagi mendapatkan klu. Sepanjang penjelajahan ini, peserta akan diuji dengan pemikiran yang kreatif dan kecergasan diri.

Tujuan :
• Program treasure hunt sempena Hari Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepelbagaian budaya dan sejarah negara, serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti interaktif ini, pelajar dapat bekerjasama dalam kumpulan, mengasah kemahiran pencetusan masalah, dan meningkatkan keterampilan fizikal. Selain itu, program ini juga berfungsi untuk menanam rasa bangga dan cinta kepada negara, serta membina kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat. Dengan cara yang menyeronokkan, pelajar dapat belajar tentang nilai-nilai keharmonian dan kerjasama dalam masyarakat Malaysia.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• NADI Gelang Patah dan NADI Pekan Nanas berkolaborasi untuk menjayakan Program Treasure Hunt sempena Hari Malaysia.
• Seramai 17 orang peserta yang melibatkan kanak-kanak 7 tahun hingga 15 tahun.
• Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap Kumpulan mempunyai 4 hingga 5 peserta.
• Aktiviti treasure hunt mempunyai 4 checkpoint. Setiap checkpoint menghendaki peserta melakukan aktiviti mengikut arahan yang diterima.
• Kumpulan yang mengumpul markah yang tertinggi diumumkan sebagai pemenang.
• Nyanyian lagu-lagu bertemakan kemerdekaan dan hari Malaysia.
• Jamuan dan bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Aktiviti treasure hunt bertemakan Hari Malaysia dapat menguji tahap kemahiran peserta menyelesaikan permasalahan yang diberikan untuk mencapai setiap checkpoint.
• Peserta dapat memahami dan menghargai kepelbagaian budaya dan sejarah negara Malaysia.
• Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta daripada pelbagai latar belakang dan semangat kekitaan.
• Membangun sifat bekerjasama dalam kumpulan, tolong-menolong dan komunikasi yang efektif antara peserta.
• Program ini meningkatkan kecergasan dan kesihatan pada peserta.
• Peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam suasana yang positif dan membantu menambah pengetahuan tentang Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :