KELAS ICT : PEMBELAJARAN KECERDASAN BUATAN (AI)

Aktiviti terkini | 12 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Desa Paya mengkuang

Nama VIP :
• En. Mohamad Faiz Bin Mohd Pandi, Penghulu Mukim Tanjung Kupang
• Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Fakulti Pengurusan, Prof. Madya Dr Mahadi Bin Bahari
• En. Amru Zaman, Pengerusi Belia 4B Iskandar Puteri
• En. Samsudin Bin Sujak, Pegawai Hubungan Kerajaan, CelcomDigi Wilayah Selatan.

Ringkasan Aktiviti :
Para peserta yang hadir diajar bagaimana hendak menggunakan aplikasi Chat GPT untuk memudahkan para peserta membina kertas kerja dan sekiranya tidak mempunyai idea memulakan kertas kerja, para peserta boleh menggunakan Chat GPT sebagai bahan bantuan. Selain itu , para peserta diajar bagaimana hendak menyediakan poster menggunakan aplikasi Canva.

Tujuan :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk pembelajaran penggunaan AI generatif bersesuaian dengan penghasilan kandungan,rekabentuk grafik dan juga penghasilan video.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kehadiran para peserta.
• Penerangan serba sedikit tentang Artifial Intelligence kepada peserta yang baru pertama kali menggunakannya.
• Penggunaan Chat GPT dalam memudahkan urusan cara penyediaan kertas kerja selain aplikasi Canva dalam menyediakan poster.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan salah satu aplikasi yang boleh digunakan dalam mengedit gambar iaitu aplikasi Canva serta aplikasi Chat GPT dalam pemudah cara menyediakan kertas kerja.
• Memberi ilmu baru kepada para peserta yang belum pernah menggunakan AI.
• Mengetahui fungsi-fungsi aplikasi AI yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :