PROGRAM MINI SUKANEKA (PERMAINAN TRADISIONAL)

Aktiviti terkini | 26 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini mendedahkan permainan tradisional kepada ahli PEDi. Peserta perlu menyertai setiap permainan yang telah dirancang dan disediakan oleh pihak PEDi dan mendengar arahan permainan dengan baik. Melalui aktiviti ini dapat merangsang otak, lebih aktif dan mengawal keseimbangan badan.

Tujuan :
• Peserta dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri masing-masing.
• Peserta dapat menyemai sikap menghargai permainan tradisional yang semakin ditelan zaman.
• Dapat meningkatkan tahap disiplin dalam diri peserta melalui penetapan peraturan permainan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Mini Sukaneka (Permainan Tradisional) yang telah diadakan pada 26 Januari 2024 . Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara ahli PEDi dengan PEDi Gelang Patah . Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti :
• Permainan Galah Panjang
• Permainan Baling Selipar
• Permainan Batu Seremban
• Permainan Congkak
• Permainan Lompat Tikus

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan stamina, menguatkan otot dan keseimbangan badan.
• Dapat mendengar arahan dengan baik agar permainan dimain dengan baik.
• Dapat mengurangkan waktu kanak-kanak berdepan dengan gajet.
• Dapat memupuk semangat dan kerjasama antara satu sama lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :