PROGRAM CAKNA KESIHATAN KOMUNITI & PENDAFTARAN PADU

Aktiviti terkini | 16 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Gelang Patah

Nama VIP :
• YB Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad(ADUN Iskandar Puteri)
• Haji Muhammad Azfar Bin Dato’ Haji Mohd Noh(Penghulu Mukim Jelutong)
• Puan Siti Fariza Binti Ghazali(Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Iskandar Puteri)
• Encik Abdul Rahman Bin Halim(Ketua Kampung Pulai)
• Encik Rahizam Bin Rahmat (Ketua Kampung Melayu Gelang Patah)
• Encik Gan Kah Wee (Ketua Masyarakat Kg Gelang Patah)

Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan untuk memperkenalkan PEDi Gelang Patah selain merapatkan hubungan dengan komuniti serta dapat membantu meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat mengenai kesedaran penjagaan buah pinggang dan juga pentingnya pendaftaran PADU.

Tujuan :
• Memberi peluang kepada komuniti setempat melakukan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi tekanan darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, gula dalam darah, ujian air kencing dan kaunseling.
• Memudahkan komuniti setempat untuk mendaftar PADU.
• Membantu komuniti yang belum mempunyai akaun Tabung Haji membuka akaun secara percuma bagi 30 orang terawal.
• Membantu para surirumah mendaftar SKSSR (Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah).
• Memudahkan para peminjam PTPTN membuat pembayaran semula pinjaman.
• Mempromosikan aktiviti-aktiviti, perkhidmatan, dan program-program PEDi yang ditawarkan kepada komuniti setempat.
• Membantu usahawan PEDi mempromosikan produk masing-masing.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PEDi Gelang Patah selain merapatkan hubungan dengan komuniti Gelang Patah. Selain itu,kerjasama di antara PEDi Gelang Patah dengan pihak National Kidney Foundation Malaysia untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi komuniti turut diadakan. Disamping itu, program kali ini juga turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti :
• Ceramah Kesihatan oleh pihak NKF.
• Sukaneka (Kira gula-gula dalam balang, Tiup Belon Sampai Pecah, Edukasi Tangan Kaki).
• Booth Tabung Haji.
• Booth KWSP.
• Kaunter pendaftaran PADU.
• Booth PERKESO.
• Booth PTPTN.
• Pertandingan Mewarna
• Cabutan Bertuah
• Gerai jualan oleh usahawan PEDi Gelang Patah

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan lagi fungsi dan keberadaan PEDi kepada komuniti setempat.
• Dapat memudahkan komuniti setempat untuk mendaftar PADU.
• Memberi peluang kepada komuniti yang masih belum mempunyai akaun Tabung Haji untuk membuka akaun secara percuma.
• Membantu usahawan PEDi mempromosikan produk masing-masing.
• Memberi peluang kepada komuniti setempat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :