WEBINAR PROGRAM PERKHIDMATAN eDAGANG SETEMPAT (PeDAS)

Aktiviti terkini | 7 - 11 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Zoom Meeting, PEDI Gelang Patah

Nama VIP :
Penceramah yang terlibat:
1. En. Azizee bin Aziz
2. En. Akmal
3. En. Rosmizan
4. En. Mohd Norazam b Azmi
5. En. Mohd Asri b Mohd Azhar


Ringkasan Aktiviti :
• Sesi kursus bersama dengan staf dari 30 buah PEDi yang terpilih di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Program yang dianjurkan oleh pihak MDEC ini adalah persediaan awal untuk staf PEDi menjadi tenaga pengajar bagi membimbing usahawan yang berdaftar di bawah PEDi yang terpilih. Staf PEDi perlu menduduki ujian dan perlu lulus berdasarkan input program yang diberi.

Tujuan :
• Memberi pengetahuan baru dalam bidang keusahawanan.
• Melatih staf PEDi untuk berminat dalam berniaga.
• Memberi semangat kepada staf PEDi bagi melatih usahawan.
• Merapatkan hubungan antara staf PEDi dan MDEC.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini menggunakan medium “Zoom Meeting” dan melibatkan staf PEDi seramai 60 orang dan 30 buah PEDi di seluruh Malaysia.
• Program ini berlangsung selama 5 hari bermula 7-11 Jun 2022.
• Pengisian program melibatkan :
1. 07.06.2022 - Pengurusan Perniagaan & Pengurusan Kewangan
2. 08.06.2022 – Penjenamaan & Konten Kreatif
3. 09.06.2022 – SEO & Kaedah Penulisan
4. 10.06.2022 – “Facebook”
5. 11.06.2022 – “E-Marketplace”, “Instagram” & “Whatsapp”
• Ujian diadakan pada 20.06.2022 di medium “Zoom Meeting” selama 2 jam 30 minit.


Kelebihan Aktiviti :
• Merancakkan dan mengembangkan bidang keusahawanan.
• Melahirkan usahawan yang cekal dan kreatif.
• Meluaskan pengetahuan dalam bidang keusahawanan.
• Melahirkan usahawan yang hebat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :