LIVE FB: KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU)

Aktiviti terkini | 21 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Gelang Patah

Nama VIP :
Puan Suriani Binti Jusoh, Penolong Pegawai Antidadah Daerah Johor Bahru


Ringkasan Aktiviti :
Borak KDB secara langsung di Live page PEDI yang terlibat
1. PEDI GELANG PATAH
2. PEDI AYER ITAM
3. PEDI TAMAN NIRA
4. PEDI SG NIBONG


Tujuan :
• Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang bahayanya maklumat palsu dan cara-cara mengatasinya. Advokasi berlangsung selama satu jam setengah bermula pada pukul 4.00 pagi sehingga 5.00 petang. Advokasi dibuat bagi mendidik masyarakat untuk sentiasa membuat kawal kendiri semasa menggunakan internet dialam maya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dijalankan secara dalam talian menggunakan platform Facebook Live.


Kelebihan Aktiviti :
Staff PEDI menyeru dan mendidik masyarakat untuk berhenti menyebarkan sebarang maklumat yang tidak mempunyai sumber sahih dan boleh menimbulkan kekeliruan serta kerisauan kepada orang ramai.
Hal ini juga mungkin membantu pihak yang mencipta berita palsu ini senang dengan perbuatan tidak bermoral mereka. Akibat daripada perbuatan ini, ia hanya akan menimbulkan kerisauan yang tidak berasas dalam kalangan orang awam. Fikir dahulu dan jangan terlalu laju apabila hendak berkongsi maklumat diterima. Jika tidak pasti, lebih baik jangan kongsi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :