SUAI KENAL DAN PROGRAM BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA

Aktiviti terkini | 12 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Ruang Hall PEDI Gelang Patah

Nama VIP :
Jemputan Petugas Perpustakaan Desa Lima Kedai
• Thamayanthi A/P Joseph
• Mohd Wafiy Haikal Bin Jamaldin


Ringkasan Aktiviti :
• Sesi suai kenal bersama petugas dari Perpustakaan Desa Lima Kedai dan bersepakat untuk mengadakan program kolaborasi bersama Pedi Gelang Patah setiap bulan dengan mengikut SOP yang dibenarkan. Mereka turut menyediakan beberapa aktiviti bersama dengan peserta serta memberikan sedikit hadiah.


Tujuan :
• Beramah mesra dengan petugas dan ahli-ahli PEDi.
• Memperkenalkan peserta dengan kolaborasi PEDi iaitu Perpustakaan Desa Lima Kedai.
• Memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan membaca.
• Melakukan aktiviti bersama komuniti setempat


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pedi Gelang Patah dan melibatkan 15 orang ahli.
• Mengadakan aktiviti bersama komuniti seperti puzzle, sahiba, lego dan sebagainya.
• Aktiviti penyampaian hadiah dan cenderamata kepada peserta dan VIP.


Kelebihan Aktiviti :
• Merangsang IQ ahli melalui permainan yang disediakan.
• Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan ahli PEDi.
• Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
• Mengeratkan hubungan PEDi dengan Perpustakaan Desa Lima Kedai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :