PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini | 14 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Ruang Hall PEDI Gelang Patah

Nama VIP :
• Thamayanthi A/P Joseph
• Mohd Wafiy Haikal bin Jamaldin

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti, kerjasama, kemahiran menggunakan aplikasi dan imaginasi ahli PEDi. Peserta perlu melakarkan cupcakes idaman mereka di atas kertas dahulu dan kemudian merealisasikannya. Untuk aktiviti “Rainbow Milk” ahli PEDi dapat belajar mengenai tindak balas daripada lemak & bahan kimia surfaktan dari sabun yang akan menghasilkan pusaran warna.

Tujuan :
• Peserta dapat menyerlahkan kreativiti masing-masing.
• Peserta dapat memupuk kesabaran diri ketika mendekorasi cupcakes .
• Peserta dapat meningkatkan daya fokus dan mengikut arahan dengan baik.
• Peserta dapat belajar sains dari aktiviti “Rainbow Milk".

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program ini adalah Program Sempena Cuti Sekolah yang diadakan pada 14 December 2022. Antara aktiviti yang dijalankan seperti berikut :
1) Draft dekorasi cupcakes yang ingin dibuat di atas kertas dahulu.
2) Dekorasi di atas cupcakes mengikut kreativiti masing-masing.
3) Membuat “Rainbow Milk” .

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan dan menyerlahkan bakat serta kreativiti masing-masing.
• Dapat memupuk nilai kerjasama antara satu sama lain.
• Dapat melatih dan meningkatkan daya imaginasi ahli PEDi.
• Dapat meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi dan komputer.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :